Dua ekor hantu bertemu dan bercerita bagaimana
mereka mati...
Hantu 1 : Bagaimana kau boleh mati?
Hantu 2 : Aku mati akibat kesejukan...
Hantu 1 : Macam mana rasanya mati dlm kesejukkan
tu?
Hantu 2 : Sebenarnya aku terkurung dalam peti
ais... mula-mula aku cuma menggigil, lepas tu
anggota aku mula membeku, kemudian aku rasa
dunia aku gelap dan akhirnya... tapi aku rasa
bersyukur kerana aku mati tanpa banyak
kesakitan....
Hantu 1 : Ishhh.. kesiannya kau
Hantu 2 : Kau pulak, macam mana kau boleh
mati..?
Hantu 1 : Aku kena serangan sakit jantung...
Hantu 2 : Oooo...cam mana kau boleh kena
serangan sakit jantung?
Hantu 1 : Sebenarnya aku dapat tahu isteri aku
curang. Suatu hari, aku balik ke rumah secara
mengejut. Aku nampak ada kasut lelaki kat depan
pintu. Aku tahu mesti isteri aku sedang bermesra
dengan jantan lain.. Aku berlari masuk bilik
tidur, cuma ada isteri aku... aku tahu mesti
jantan tu bersembunyi kat mana-mana.. aku lari
masuk bilik air, tak de jugak, kemudian aku lari
ke tingkat bawah, tengok dalam setor, pun tak
ade.. aku lari naik tingkat atas semula, tengok
dalam almari... sebab terlalu penat aku berlari
la aku kena sakit jantung... memang sakit dan
akhirnya....
Hantu 2 : Apasal kau tak tengok dalam peti
ais...kalau tak, kita berdua masih hidup lagi
sekarang ni...
Jennifer left this place at 10:53 PM
Post a Comment
<< Home